29 Oktober 2011 & 30 Oktober 2011


Mohd Fauzy Bin Mat Yusop,
"Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah, InsyaAllah bakal bertemu noktah bagi zaman bujang. Mohon maaf sekiranya tidak berkesempatan untuk menjemput dengan menghantar kad, telefon ataupun bertemu. Pada masa ini saya merujuk kepada apa yang saya ada seperti buku telefon, alamat email, list YM, FB dan juga apa yang masih dalam ingatan saya. Laman web ini adalah sebahagian daripada kaedah jemputan yang saya buat bagi mereka yang diluar capaian saya. Dengan ini saya wakilkan laman ini sebagai pengantara antara kita. Kepada yang mengenali diri ini, jemput hadir ya.



Mohd Fauzy Bin Mat Yusop,
25 tahun berada di muka bumi dan menghabiskan masa tersebut di Kampung tercinta, Kampung Melayu Wira Damai. Bolasepak seakan sebati dengan kehidupan dari kecil sehingga kini. Walau tidak bertaraf professional, sebaliknya ukhwah yang terjalin bagi sukan ini banyak mewujudkan sahabat-sahabat baru dan mudah dikenali. Berbekalkan lulusan Sains Komputer, banyak terknologi yang telah digeledah dan antara yang ketara ialah pengenalan KampungWifi sejak 2007. Anak ke-5 dari 7 adik-beradik amat menggemari masakan emak dan juga kek atau biskut yang dibuat oleh adik-adiknya.



Nur Hannah Binti Mohd Yusoff,
Baru sahaja selesai program ijazah dalam bidang akaun di UITM Shah Alam. Berusia 23 tahun pada hari ke-3 selepas majlis pertunangan. Merupakan anak kedua dari 5 adik-beradik yang penyayang. Baru menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di UITM Shah Alam. Menyambung pelajaran untuk setahun lagi bagi sijil professional rentetan dari bidang perakaunan yang diambil. Merah jambu sebagai warna pilihan di hati. Sehingga kini masih cuba memperbaiki mutu masakan untuk bakal suami.



Peta Walimah LELAKI
Peta Walimah PEREMPUAN

Koordinat GPS : 3.248934,101.690201

Rumah : 03 - 6185 2982
Fauzy : 012 - 976 9852
Faizal : 012 - 283 7369
Azirah : 013 - 633 0867
Faizul : 012 - 349 4668




Koordinat GPS : 3.240011,101.699013

Rumah : 03 - 6189 1584
Haji Mohd Yusoff : 017 - 276 1854
Hannah : 012 - 976 9853
Huda : 017 - 308 7670


Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat." Riwayat Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Kenapa kita perlu kahwin??

Banyak hikmahnya dalam perkahwinan antaranya:
* Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
* Memelihara kesucian diri
* Melaksanakan tuntutan syariat
* Menjaga keturunan
* Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
* Dapat mengeratkan silaturahim.

Sekiranya kita tidak berkahwin??

Kita akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan juga ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Alternative content